rachelangelica. Powered by Blogger.
RSS

FESTIVAL FILEM DAN VIDEO PELAJAR MALAYSIA 9


Penganjuran FFVPM9 tahun 2012 yang akan diadakan di Universiti Teknologi Mara boleh diumpamakan seperti “sireh pulang ke ganging”. University Teknologi Mara merupakan tuan rumah penganjuran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia yang pertama pada tahun 2003 dan setelah Sembilan tahun berlalu, akhirnya Universiti Teknologi Mara dengan bangganya sekali lagi dipelawa untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran FFVPM yang cukup berprestij bagi mendokong pembangunan pendidikan filem dan video pelajar-pelajar IPT.



FFVPM9 merupakan penganjuran festival berbentuk ilmiah dan manifestasi filem melihat penglibatan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan Fakulti Filem, Teater dan Animasi dan Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FFVPM9 2012 juga merupakan satu himpunan pengisian ilmu yang digunapakai bagi mempratikkan segala urusan dalam menjayakan satu acara berbentuk akademik yang akan berlangsung mulai 18hb-23hb Jun 2012. Berteraskan pada iltizam dan kerjasama semua pihak serta aplikasi ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah festival yang merapatkan industri dan pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia jurusan perfileman.

Pada Malam Anugerah FFVPM9, hasil kayra kretif pelajar-pelajar fakulti akan dipertandingkan dan dianugerahi menerusi kategori-kategori pencalonan yang mirip dengan anugerah pencalonan festival tempatan dan antarabangsa. Selain daripada itu, Malam Anugerah FFVPM9 2012 juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan yang diselang-selikan dengan visual dan pencalonan di samping jemputan tetamu-tetamu VIP, artis dan selebriti tempatan yang akan mewarnai acara malam tersebut.

     
    TARIKH PENTING FFVPM9
I.                  Tarikh Mula/Buka Penyertaan : 12 April 2012
II.              Tarikh Tutup Penyertaan : 4HB JUN 2012
III.          Tarikh Penilaian Penyertaan : 11 – 15 Jun 2012
IV.             Tarikh FFVPM9 : 21 – 23 Jun 2012

http://ffta.uitm.edu.my/v1/home/ffvpm9 <- sebarang maklumat lanjut boleh buka link ini ok. :)









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS