Penganjuran FFVPM9 tahun 2012 yang akan diadakan di Universiti
Teknologi Mara boleh diumpamakan seperti “sireh
pulang ke ganging”. University Teknologi Mara merupakan tuan rumah
penganjuran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia yang pertama pada tahun
2003 dan setelah Sembilan tahun berlalu, akhirnya Universiti Teknologi Mara
dengan bangganya sekali lagi dipelawa untuk menjadi tuan rumah kepada
penganjuran FFVPM yang cukup berprestij bagi mendokong pembangunan pendidikan
filem dan video pelajar-pelajar IPT.
FFVPM9
merupakan penganjuran festival berbentuk ilmiah dan manifestasi filem melihat
penglibatan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan Fakulti Filem,
Teater dan Animasi dan Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FFVPM9 2012 juga merupakan satu
himpunan pengisian ilmu yang digunapakai bagi mempratikkan segala urusan dalam
menjayakan satu acara berbentuk akademik yang akan berlangsung mulai 18hb-23hb
Jun 2012. Berteraskan pada iltizam dan kerjasama semua pihak serta aplikasi
ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah festival yang
merapatkan industri dan pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia jurusan
perfileman.
Pada
Malam Anugerah FFVPM9, hasil kayra kretif pelajar-pelajar fakulti akan
dipertandingkan dan dianugerahi menerusi kategori-kategori pencalonan yang
mirip dengan anugerah pencalonan festival tempatan dan antarabangsa. Selain
daripada itu, Malam Anugerah FFVPM9 2012 juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai
persembahan yang diselang-selikan dengan visual dan pencalonan di samping
jemputan tetamu-tetamu VIP, artis dan selebriti tempatan yang akan mewarnai
acara malam tersebut.
TARIKH PENTING FFVPM9
I.
Tarikh Mula/Buka Penyertaan : 12 April 2012
II.
Tarikh Tutup Penyertaan : 4HB JUN 2012
III.
Tarikh Penilaian Penyertaan : 11 – 15 Jun 2012
IV.
Tarikh FFVPM9 : 21 – 23 Jun 2012